sedang berjalan-jalan d google..akak pon terbejalan ( perkataan apa ni akak oii..) kt berita harian online...korang baca la yee...
chantekk tak korang rasa dia nihh????
LELAKI mana yang tidak akan terkesima menjeling pandang susuk tubuh mungil penyanyi dan pelakon putih gebu ini. Malah, kaum sejenisnya sepertinya juga pasti ramai mengagumi di samping mencemburui kecantikan dan keseksian yang dimiliki gadis kelahiran Sarzana, Itali bernama Farahdhiya ini.
Secmakin meningkat usia dan baru genap usianya 27 tahun pada 28 April lalu, penyanyi lagu Bertakhta ini dilihat semakin pandai bergaya seiring peredaran masa. Kulit putih gebu dan badan bergetah menjadi idaman ramai sang arjuna yang begitu memujanya.
Dengan dua persalinan koleksi peribadinya, termasuk menggunakan khidmat jurusolek kegemarannya iaitu kakak kesayangan penyanyi rock Ella, Saidatulnisa Aminuddin, Farahdhiya hadir ke Balai Berita dengan gaya berani. Itu pun secara kebetulan mendapat cuti sehari daripada berlakon.
Sudah lama tidak bersua, pelbagai cerita mahu dikorek dengan empunya badan. Malahan kalau ada yang masih ingat Farahdhiya menarik perhatian ramai pada malam kemuncak Anugerah Bintang Berita Harian mengenakan catsuit sendat rona biru turquise daripada fabrik lycra.
Pendek kata, dia yang mesra disapa Farah ini semakin berani bereksprimentasi dengan gaya. Bukan saja gaya, sebelum ini juga Farah juga dikatakan berani dan lantang dalam bercakap. Timbul juga cerita kononnya Farah berlagak diva dan lebih teruk daripada itu, dia dituduh bermulut jahat.
Paling menjadi perhatian apabila berlaku ‘drama realiti sebabak demi sebabak’ yang muncul dan menjadi bualan tatkala dia terbabit dalam pementasan teater muzikal Terima Kasih Cinta buat julung kalinya di Istana Budaya, Februari lalu. Sengketa ketika dalam produksi itu dikatakan membabitkan dirinya dan beberapa pelakon yang turut beraksi sama dalam teater berkenaan.
“Saya tidak takut untuk sebarang tuduhan. Apa yang tahu saya seorang yang telus dan tidak suka berpura-pura. Kalau saya cakap tak suka, tak sukalah jawabnya. Saya bukan kaki propa dan itu memang langsung tidak menjadi diri saya yang sebenarnya.
“Saya barangkali mewarisi sikap ini daripada ibu saya (daripada keluarga orang putih). Saya lebih suka berterus terang. Itulah warna diri saya sebenarnya. Kalau orang baik dengan kita, takkan kita nak jahat pula dengannya. Begitulah sebaliknya,” katanya kepada B*POP.
Tambahnya yang kini berada di lokasi penggambaran drama untuk slot Samarinda TV3, Anissa terbitan Zeel Production, manusia di luar sana bebas menghukum tanpa usul periksa. Tapi itu tidak menjadi kekangan buatnya untuk melakukan apa yang dirasakan ingin dilakukan.
“Saya tak pernah rasa diri ini macam diva. Kerjaya saya juga menuntut aspek profesionalisme seperti kerjaya lain seperti peguam dan doktor. Cuma selepas waktu kerja, saya hanya manusia biasa yang menginginkan kehidupan normal seperti orang lain.
“Kalau ada orang kata saya bermulut jahat, saya sendiri tak dapat mengingati kejadian atau adegan mengatakan saya begitu. Saya bukan jenis manusia suka mengumpat dan saya pun tak ramai kawan dengan golongan artis. Saya akan jadi tak selesa dengan orang yang suka mengumpat,” katanya yang sudah tujuh tahun bergelar anak seni.
Diajak berkongsi tips kecantikan diamalkannya, Farahdhiya sedia berkongsi pandangan. Tapi jangan pula ada memandai-mandai mengatakan kecantikan dimilikinya itu palsu semata-mata. Ia sememangnya tulen.
hmmm...itu laa berita yg akak baca..nk baca lebih lanjut p baca kt berita harian online...okesss...akak chow dulu....
No comments:
Post a Comment